PRODUK

Sunday, October 16, 2011

MAKLUMAT BERKAITAN RAMBUT

Rambut adalah mahkota setiap insan tidak kira lelaki ataupun perempuan. Ramai yang terlepas pandang tentang penjagaan rambut kerana kebanyakan kita lebih memberi tumpuan kepada kecantikan muka dan badan sahaja. Sebenarnya kita silap kerana rambut juga merupakan aset penting yang perlu dipelihara.

Secara purata kepala manusia mempunyai 150 ribu helai rambut dan jika salah satu daripadanya kering, maka kesemua rambut tersebut akan mengalami kekeringan.

Masalah keguguran rambut yang ekstrim menjadi igauan buruk kepada lelaki ataupun wanita. Keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari adalah normal namun jika ia tidak dipantau, keguguran akan menjadi lebih serius dan risiko kebotakan akan lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment